Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
247) Kilang Haram Di Sungai-Sungai Utama Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kilang haram yang terdapat di sumber sungai-sungai utama Selangor?
Pertanyaan Yang Berhormat Kampung Tunku, Yang Berhormat Batang Kali dan Yang Berhormat Sungai Burong iaitu No. 247, No. 186 dan No. 93 akan di jawab bersekali.
a) Berdasarkan bancian oleh PBT, sebanyak 869 buah kilang direkodkan berada di lokasi sumber sungai-sungai utama. Pecahan mengikut PBT seperti berikut:-
-
Apakah jalan penyelesaian Kerajaan Negeri?
Pada masa ini, PBT Negeri Selangor sentiasa menjalankan pemantauan ke atas kilang tanpa kebenaran atau kilang haram. Sehubungan itu, bagi mengawal aktiviti tersebut Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor MMKN ke 24/2019 pada 21 Ogos 2019 di mana program pemutihan tersebut telah mula dilaksanakan mulai bulan September 2019 sehingga bulan Disember 2020. Dalam tempoh tersebut, PBT akan membuat bancian terhadap kilang haram yang ada di Negeri Selangor. Di samping itu, pengusaha kilang diberi tempoh untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan lesen yang sah dari PBT masing-masing dan memindahkan kilang ke lokasi zoning yang dibenarkan.
Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah mengeluarkan sebanyak lima (5) tindakan kompaun kepada pengusaha kilang haram di kawasan Batang Kali.
Setakat ini, PBT Negeri Selangor menggunakan peruntukan undang-undang berkaitan yang sedia ada seperti berikut:-