Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
166) KILANG HARAM DI KG. DESA AMAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah lagi kilang haram yang masih beroperasi yang belum di putih kan?
Jumlah kilang haram yang masih beroperasi tanpa pemutihan di Negeri Selangor adalah sebanyak 1,329 lot
-
Adakah kerajaan negeri mewujudkan zon penampan untuk aktiviti pengilangan yang melibatkan penggunaan bahan kimia yang dekat dengan kawasan penempatan?
Pengwujudan zon penampan bagi aktiviti kilang yang melibatkan bahan kimia adalah tertakluk kepada Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancang Negeri Selangor (Edisi ke-2) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JBPD).
-
Apakah hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik UIAM?
Daripada hasil kajian tersebut, penyelidik UIAM telah mengesyorkan agar Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran ini ditamatkan dan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan memandangkan program ini telah pun dilaksanakan selama 9