Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

97) KILANG HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan Kerajaan bagi menangani masalah kilang haram yang masih terus tumbuh.

    Setelah semakan semula dibuat hanya 2,998 buah kilang telah dibina di atas 2,523 lot tanah pertanian. Sepanjang tempoh PPKTK berlangsung, hanya 1,346 lot telah mengemukakan permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada Daripada jumlah permohonan tersebut sebanyak 1,223 telah diluluskan dan sebanyak 1,154 lot yang masih belum mengemukakan permohonan. Jumlah bilangan kilang yang telah berjaya di dalam proses pemutihan mengikut daerah seperti di Lampiran A.

  2. Nyatakan jumlah kilang yang telah berjaya dalam proses pemutihan mengikut kawasan masing-masing.

    Sehingga kini tiada tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang tanpa kebenaran dilaksanakan kecuali kilang-kilang yang menimbulkan kacauganggu akan diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

  3. Adakah terdapat aduan kilang haram yang kembali beroperasi selepas diambil tindakan?

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Ng Sze Han Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru yang telah diadakan pada 23 Julai 2018 telah bersetuju untuk meneruskan Program Pemutihan Kilang Haram dengan kajian semula ke atas insentif dan garis panduan syarat teknikal minima yang telah dilaksanakan di dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) yang telah tamat pada 31 Disember 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.