Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

410) KILANG HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kilang-kilang haram di zon industri DUN Sungai Kandis? senaraikan mengikut PBT (MBDK dan MBSA)

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Berikut merupakan jumlah Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di Zon Industri DUN Sungai Kandis dan bilangan kilang yang menyertai Program Pemutihan KTK seperti berikut:-

     

    PBT Bil. KTK Bil. Kilang Yang Menyertai Program Pemutihan KTK
    MBSA 355 26
    MBDK 24 13
  2. Di antara jumkah di atas, berapakah yang menyertai program pelan pemutihan kilang haram?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Berikut merupakan jumlah Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di Zon Industri DUN Sungai Kandis dan bilangan kilang yang menyertai Program Pemutihan KTK seperti berikut:-

     

    PBT Bil. KTK Bil. Kilang Yang Menyertai Program Pemutihan KTK
    MBSA 355 26
    MBDK 24 13
  3. Apakah faktor kilang yang tidak menyertai pelan pemutihan kilang haram? apakah tindakan yang diambil kepada mereka?

    Antara faktor-faktor kilang tidak menyertai pelan pemutihan kilang haram?

     

    1. Masalah pemilikan tanah yang ramai dan sukar mendapatkan persetujuan semua pemilik tanah bagi mengemukakan pelan pembangunan.

     

    1. Terdapat pemilik tanah yang telah meninggal dunia dan belum selesai isu pemilikan tanah.

     

    1. Kurang pendedahan berkaitan dengan prosedur dan cara pemohonan.

     

    1. Pengusaha kilang yang menyewa tanah tidak dapat Kerjasama dari pemilik tanah untuk membuat permohonan pelan -pelan pemajuan.

     

    1. Pengusaha kilang merupakan penyewa tanah dan pemilik tanah enggan bekerjasama dengan penyewa untuk kemukakan Pelan pemajuan.

     

    1. Kos dan Caj yang dikenakan adalah tinggi semasa pemajuan dikemukakan. Kenaan gandaan fee dan kos yang tinggi untuk menaiktaraf infrastruktur kilang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

     

    1. Kurangnya Kesedaran dan Maklumat: Ada kalangan pengusaha yang mungkin tidak memahami sepenuhnya faedah program ini atau kekurangan maklumat yang tepat tentang prosedur penyertaan. Kurangnya kempen atau promosi yang efektif juga menyumbang kepada isu ini.

     

    1. Implikasi Kos ke Atas Perniagaan Kecil: Perniagaan kecil sering menghadapi cabaran kewangan, jadi mereka tidak mampu untuk membayar penalti atau mematuhi syarat yang ketat. Justeru, program ini mungkin lebih menarik kepada pengusaha besar berbanding kilang kecil atau sederhana.

     

    Antara tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas kilang tanpa kebenaran tersebut adalah:

     

    1. Menyediakan prosedur ‘Fast Track’ bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan Kebenaran Merancang.

     

    1. Pengeluaran Notis Kaedah merujuk kesalahan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).

     

    1. Pengeluaran Kompaun dibawah kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

     

    1. Telah melaksanakan beberapa siri sesi town hall dan yang terkini sesi town hall Bersama Yang Berhormat, Dato’ Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor untuk pendedah kepada pengusaha dan pemilik tanah berkaitan program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran pada 15.12.2023.

     

    1. Telah mengadakan program webinar penambahbaikan manual tindakan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 15.07.2024 bagi tujuan pendedahan kepada pemilik tanah dan pengusaha berkaitan tindakan penguatkuasaan yang akan diambil sekira tidak mengemukakan permohonan pelan Pembangunan.

     

    1. Telah melaksanakan sesi tech in permohonan pelan Pembangunan ‘Fast track’ skim dan Pembangunan Tanpa Kebenaran kawasan industri Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 5.09.2024 bagi tujuan pendedahan kaedah dan prosedur pemohonan pelan Pembangunan kepada pemilik tanah, pengusaha, perunding dan agensi Kerajaan.

     

    1. Membuat rundingan terus dengan pemilik dan pengusaha bagi memastikan pemohon mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang dan mengenalpasti isu pemilik dan pengusaha tidak mengemukakan permohonan kepada

Lampiran

Tiada Lampiran.