Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
242) KILANG HARAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kilang haram yang terkini yang telah dikesan mengikut PBT.
Jumlah terkini keseluruhan kilang haram di Negeri Selangor adalah sebanyak 5,755 kilang yang melibatkan 4,728 lot. Jumlah ini juga terbahagi kepada dua (2) iaitu kilang yang berada di dalam zon dan di luar zon. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:
Daerah
PBT
Jumlah Jumlah Lot
Jumlah Kilang
Dalam Zon Luar Zon Lot Kilang Lot Kilang PETALING
MBSA 1,442 1,770 1,426 1,736 16 34 MBPJ 20 MBSJ 163 313 KLANG MBSA 285 505 234 438 51 67 MPK 1,127 1,339 868 1,045 259 294 Daerah
PBT
Jumlah Jumlah Lot
Jumlah Kilang
Dalam Zon Luar Zon Lot Kilang Lot Kilang GOMBAK MPAJ 33 33 MPS 137 308 205 103 HULU LANGAT
MPKj 481 543 438 488 43 55 MPAJ 267 100 235 68 32 32 SEPANG MPSp 165 164 96 95 69 69 KUALA LANGAT
MPKL 277 282 124 62 KUALA SELANGOR MDKS 239 249 115 134 HULU SELANGOR
MDHS 86 78 48 38 SABAK BERNAM MDSB 26 51 2 49 JUMLAH 4,728 5,755 3,412 4,522 637 1,039 -
Nyatakan garis panduan yang ada mengikut PBT dalam proses menutup kilang haram.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, satu draf Garis Panduan yang seragam untuk semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah siap dirangka dan disemak oleh Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor. Garis Panduan tersebut akan dimuktamadkan setelah sesi libat urus dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemegang taruh (stakeholders) selesai.