Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
123) KILANG HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah seriusnya masalah kilang haram di negeri Selangor? Apakah masalah-masalah utama yang dikenal pasti telah ditimbulkan oleh kilang-kilang haram ini ?
Pada tahun 2002, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan supaya satu Jawatankuasa Khas perlu diwujudkan dalam melaksanakan Program ‘Pemutihan’ Kilang-kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor. Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran (JKKTK) Negeri Selangor ini bertanggungjawab di atas perkara-perkara
berikut:-i) Mengenal pasti kilang-kilang tanpa kebenaran dan mengklasifikasikan mengikut kategori;
ii) Menempatkan semula kilang-kilang tanpa kebenaran ke lokasi yang ditetapkan;
iii) Mengezonkansemula kawasan industri terlibat bagi membolehkan kilang beroperasi secara sah; dan
iv) Menggalakkan keadaan atau suasana kilang yang teratur, selamat dan tidak mencemar.
Kilang yang beroperasi di tanah pertanian mesti mengubah syarat guna tanah kepada tanah industri bagi mengelakkan dilabel ‘kilang haram’ yang sering dikaitkan dengan kegiatan pencemaran alam sekitar. Langkah itu perlu kerana jika tidak, kewujudan kilang seperti itu akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri dalam jangka masa panjang. Pertambahan jumlah kilang-kilang tanpa kebenaran memberi kesan kerugian terhadap kutipan hasil cukai dan bukan cukai Kerajaan Negeri. Masalah-masalah utama yang ditimbulkan oleh kilang-kilang haram ini adalah seperti berikut:-
i) Pemilik tanah yang mengalami masalah kewangan tidak mampu untuk menjelaskan premium tambahan yang dikenakan apabila menukar syarat kegunaan tanah;
ii) Pemilik tanah juga sukar mendapatkan pinjaman untuk menjelaskan premium tambahan yang dikenakan kerana pemilik tanah telah berusia dan tidak layak untuk membuat pinjaman;
iii) Pemilik tanah telah menyewakan tanah tersebut kepada pengusaha kilang dalam tempoh jangka masa yang panjang dan terikat dengan perjanjian yang telah dibuat;
iv) Pemilik tanah hanya menggunakan sebahagian daripada tanah bagi tujuan industri;
v) Pemilik tanah kurang faham mengenai tukar syarat kegunaan tanah dan menyebabkan mereka tidak membuat permohonan;
vi) Kadar premium yang dikenakan ke atas pemilik tanah mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Selangor 2003 adalah tinggi dan menyulitkan mereka dalam menjelaskannya dalam tempoh yang ditetapkan;
vii) Tempoh pajakan tanah yang hampir luput menyebabkan pemilik tanah enggan menukar syarat kegunaan tanah kerana premium tambahan bagi tempoh pajakan baru adalah tinggi.
viii) Kilang-kilang yang didirikan berada di luar kawasan zon yang ditetapkan (zon perindustrian);
ix) Kilang-kilang yang didirikan berdekatan di antara satu sama lain dan tidak memenuhi syarat pembangunan yang ditetapkan oleh PST; dan
x) Kebanyakan kilang-kilang tidak mematuhi syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JPS, JKR dan JAS.
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah pengusaha kilang haram di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah. Siapakah pengusaha kilang-kilang haram ini, adakah rakyat tempatan atau warga asing ?
Pecahan Kilang Haram Mengikut Daerah adalah seperti berikut:
DAERAH JUMLAH KILANG
Petaling 11,236
Klang 556
Gombak 37
Hulu Langat 658
Kuala Langat 209
Hulu Selangor 14
Kuala Selangor 35
Sepang 44
Sabak Bernam 16
JUMLAH 2,805Pengusaha terdiri daripada penduduk/syarikat tempatan. Kebanyakan
pengusaha menyewa daripada tuan tanah. Langkah-langkah dan strategi serta pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani kilang-kilang haram adalah seperti berikut :(i) Pengurangan Premium Tambahan
Pemberian potongan sebanyak 50% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan atau 30% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh enam (6) bulan atau 10% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh sembilan(9) bulan kepada pemilik tanah yang menjelaskan premium secara sekali gus atau ansuran dalam tempoh tersebut.(ii) Bayaran premium secara ansuran
Pemilik tanah dibenarkan membayar premium secara ansuran sebanyak
dua belas (12) kali dalam tempoh lapan belas (18) bulan atau dua puluh empat (24) bulan dari tarikh Borang SA atau 7G dikeluarkan bagi permohonan yang baru diluluskan atau mengikut baki tempoh yang ada
dalam Borang 5A atau 7G yang dikeluarkan bagi permohonan yang telah
diluluskan terdahulu.(iii) Pengecualian premium khas
Pemilik tanah dikecualikan daripada dikenakan premium khas atau denda
yang telah ditetapkan di bawah Kaedah 11(6), Kaedah-Kaedah Tanah
Selangor 2003 kepada pemilik tanah yang melanggar syarat kegunaan
tanah.(iv) Pelanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian bagi tanah bertempoh pajakan kurang lima belas (15) tahun
Permohonan perlanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian yang mempunyai baki tempoh pajakan kurang 15 tahun diluluskan atas kegunaan industri dan premium dikenakan berdasarkan nilaian tanah semasa serta diberi pengurangan premium sebanyak 50 peratus. Pengurangan ini dikecualikan bagi mereka yang telah mendapat insentif pengurangan premium tambahan.(v) Insentif Dari PBT
Resolusi berkenaan Insentif untuk kilang-kilang tanpa kebenaran bagi memastikan kilang-kilang ini dapat beroperasi secara sah hendaklah diguna pakai.(vi) Penurunan Kuasa
Bagi mempercepatkandan memudahkanproses permohonan tukar syarat, kuasa melulus permohonan tukar syarat di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), 124A dan 204A, Kanun Tanah Negara bagi kilang-kilang tanpa kebenaran diturunkan kepada Pentadbir Tanah Daerah tertakluk kepada kilang-kilang yang berada di dalam zon yang ditetapkan.(vii) Pengenaan Syarat Teknikal Minima
Garis panduan Syarat Teknikal Minima diguna pakai oleh semua PBT di Selangor sebagai rujukan bagi meluluskan permohonan tukar syarat tanah untuk kilang-kilang tanpa kebenaran. Syarat Teknikal Minima ini akan diguna pakai sebagai rujukan sepanjang program pemutihan ini dijalankan.(viii) Program ‘Outreach’
Program ini dijalankan bagi memberi penerangan tentang program pemutihan serta mendekatkan pihak berkuasa berkaitan dengan pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran. Oi antara program ‘outreach’ ialah pengedaran brosur-brosur kepada pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran, program turun padang oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam program pemutihan dan memberi khidmat nasihat dan bantuan di dalam melengkapkan borang-borang permohonan tukar syarat.(ix) Pengecualian Caruman Infrastruktur Sosial
Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi pengecualian daripada dikenakan caruman infrastruktur sosial sebanyak RM50,000.00 seekar bagi kawasan Lembah Klang dan RM35,000.00 seekar bagi kawasan di luar Lembah Klang.(x) Pengeluaran Permit Khas Sementara
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengeluarkan suatu permit khas bagi penggunaan sementara tanah-tanah pertanian yang didirikan kilang-kilangtanpa kebenaran. Kuasa bagi meluluskan permit ini telah diturunkan kepada PTO dan permit-permit akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah yang berkenaan untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun. Permit tersebut juga hanya boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali sahaja. Dalam masa tersebut tuan tanah hendaklah membuat permohonan secara teratur di bawah seksyen 124 KTN atau 124A KTN atau tindakan perampasan tanah boleh dibuat.(xi) Pengeluaran Lesen Perniagaan Sementara
Pihak Serkuasa Tempatan juga akan mengeluarkan lesen perniagaan sementara (trade license) kepada pengusaha I pemilik kilang yang telah
dikenal pasti.(xii) Pelarasan Cukai Tanah
Kerajaan Negeri juga bersetuju meluluskan pelarasan cukai tanah bagi
memberikan kesahan undang-undang atau pemutihan kepada aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pelanggaransyarat tanah di atas tanah hak
milik yang kategori bangunan kediaman tetapi telah dibenarkannberoperasi melalui lesen perniagaanyang dikeluarkan oleh PBT.(xiii) PelanjutanTempoh Pemutihan
Pelaksanaan program pemutihan ini dijangka berakhir pada akhir tahun
2007. Namun begitu, MMK Ke 3/2008 pada 30 Januari 2008 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemutihan sehingga akhir tahun 2010 untuk memberi peluang kepada pengusaha kilang / tuan tanah terus beroperasi secara sah dan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi masyarakat setempat khususnya dan Negeri Selangor amnya. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan keadaan atau suasana kilang yang lebih teratur, selamat dan terancang. -
Apakah langkah-Iangkah dan strategi seta pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani kilang-kilang haram ini ?