Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
119) KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyelesaikan masalah kilang haram di USJ 1?
Pelaksanaan program pemutihan ini dijangka berakhir pada akhir tahun 2007. Namun begitu, MMK Ke 3/2008 pada 30 Januari 2008 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemutihan sehingga akhir tahun 2010 untuk memberi peluang kepada pengusaha kilang / tuan tanah terus beroperasi secara sah dan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi masyarakat setempat khususnya dan Negeri Selangor amnya. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan keadaan atau suasana kilang yang lebih teratur, selamat dan terancang. Selepas tempoh tersebut, sekiranya terdapat pemilik tanah yang ingkar, tindakan-tindakan di bawah Kanun Tanah Negara dan akta yang terlibat dengan Pihak Berkuasa Tempatan akan diambil.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri, MPSJ dan Pejabat Tanah untuk menangani masalah ini?
Beberapa langkah telah diambil oleh Jabatan-jabatan berkenaan bagi menanganimasalah kilang haram adalah seperti berikut:-
- Menyediakan inventori kilang tanpa kebenaran;
- MPSJ bersama Pejabat Tanah Daerah Petaling telah mengadakan taklimat kepada pemilik kilang tanpa kebenaran;
- Mengedarkan borang-borang permohonan lesen sementara dan garis panduan kilang tanpa kebenaran kepada pemilik kilang;
- Telah meluluskan permohonan lesen sementara selama 3 tahun kepada pemilik kilang haram;
- Garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai garis panduan minimum untuk digunakan oleh semua Pihak BerkuasaTempatan (PBT) di Negeri Selangor;
- Insentif pengurangan premium tanah;
- Permohonan tukar syarat tanah diproses oleh Pejabat Tanah dan DaerahPetaling sebagai one stop center; dan
- Kebenaran Merancang akan menggunakan kaedah AS-Built Plan untuk kelulusan serentak.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan pemilik kilang? Jika ya, bila?
Kerajaan Negeri bercadang mengadakan perjumpaan dengan persatuan pengusaha kilang dan tuan tanah apabila setiap zon menubuhkan Persatuan Kilang Haram untuk memudahkan pelaksanaan program pemutihan dijalankan.