Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
51) KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kilang-kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini mengikut daerah
Kilang-kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini mengikut daerahadalah seperti berikut:-
DAERAH BILANGAN KILANG Petaling 1,236 Klang 556 Gombak 37 Hulu Langat 658 Kuala Langat 209 Hulu Selangor 14 Kuala Selangor 35 Sepang 44 Sabak Bernam 16 JUMLAH KILANG 2,805 Sebanyak 705 daripada jumlah keseluruhan kilang haram di atas telah berjaya diputihkan melalui keputusan permohonan mengubah syarat kegunaan tanah.
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang telah diberikan lesen sejak dua tahun lalu sehingga kini
Senarai kilang-kilang haram yang telah diberikan lesen permit khas sementara sejak dua tahun lalu sehingga kini adalah seperti berikut:
DAERAH PERMIT KHAS SEMENTARA 2007 2008 2009 Petaling 2 2 2 Klang 156 79 7 Gombak 14 16 – Hulu Langat 12 16 – Kuala Langat 90 10 4 Hulu Selangor 14 10 – Kuala Selangor 21 17 7 Sepang 6 10 – Sabak Bernam 7 7 7 Jumlah 322 167 27