Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

30) KILANG HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak bilangan kilang-kilang haram yang telah didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri khususnya Pelabuhan Klang?

    Jawapan disediakan oleh PTD Klang.

  2. Berapa peratus kah keberjayaan usaha pemutihan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kilang-kilang haram?

    Setakat ini sebanyak 952 (38.1%) lot daripada 2,501 bilangan lot yang dibanci telah
    berjaya diputihkan. (Bilangan kilang tidak sama dengan bilangan lot kerana terdapat
    berbilang kilang di dalam sesuatu lot)

  3. Adakah kilang-kilang haram tersebut yang telah diberi arahan dari Kerajaan Negeri supaya menutup operasi mereka atau berpindah ke satu lokasi yang sesuai dan berapakah bilangannya?

    Tuan tanah perlu mengemukakan permohonan tukar syarat tanah selewat-lewatnya
    pada 30 Jun 2010. Kegagalan tuan tanah berbuat demikian akan menyebabkan
    tindakan penguatkuasaan diambil di bawah seksyen 127-129 Kanun Tanah Negara
    (KTN), 1965 yang membolehkan perampasan tanah dilaksanakan. Kilang-kilang yang
    terlibat dinasihatkan berpindah ke kawasan yang telah dizonkan sebagai zon
    perindustrian bagi melancarkan operasi mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.