Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

102) KILANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Kilang Haram yang dikenal pasti di negeri Selangor mengikut pecahan daerah?

    Mengikut bancian yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah, sehingga kini terdapat 2,119 buah kilang di seluruh Negeri Selangor yang telah dikenal pasti beroperasi secara haram.

  2. Berapakah jumlah Kilang Haram yang telah diputihkan mengikut pecahan daerah?

    Jumlah kilang-kilang haram yang telah diputihkan mengikut pecahan daerah adalah seperti di Jadual 1.

    JADUAL 1 : Pecahan Kilang Haram Mengikut Daerah Dan Jumlah Kilang Haram Yang Telah Diputihkan

    DAERAH BIL. LOT BIL. PERMOHONAN TUKAR SYARAT
    BIL. %
    Petaling 985 828 84.06%
    Klang 434 74 17.05%
    Gombak 44 27 61.36%
    Hulu Langat 336 160 47.62%
    Kuala Langat 209 88 42.11%
    Sepang 44 2 4.55%
    Hulu Selangor 18 10 55.56%
    Kuala Selangor 34 6 17.65%
    Sabak Bernam 15 2 13.33%
    JUMLAH 2,119 1,197 56.49%

Lampiran

Tiada Lampiran.