Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

8) KILANG HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kilang haram yang masih beroperasi di dalam kawasan DUN Batu Tiga (di bawah MBSA, MPSJ dan MPK)? Nyatakan lokasi dan syarikat yang menjalankan kegiatan ini?

    Tiada kilang haram beroperasi di dalam kawasan seliaan MBSA dan MPSJ. Manakala terdapat enam buah kilang haram beroperasi di dalam kawasan MPK. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

  2. Apakah usaha bagi memastikan semua kilang haram ini diputihkan?

    Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan semua kilang haram diputihkan adalah seperti berikut:

    • Mempermudahkan dan mempercepatkan urusan tukar syarat tanah;
    • Meminimumkan syarat-syarat dan keperluan teknikal di peringkat PBT;
    • Pemberian insentif pembayaran premium seperti di Lampiran B;
    • Memberi penerangan kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang dalam Program Turun Padang;
    • Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang; dan
    • Pelanjutan tempoh Program Pemutihan Kilang sehingga 31 Disember 2015
  3. Bilakah sasaran yang diletakkan agar kilang haram di DUN Batu Tiga akan putih sepenuhnya?

    Berdasarkan keputusan MMKN ke 9/2015 pada 4 Mac 2015, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bersetuju PPKTK dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015. Mulai 1 Januari 2016, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 127 hingga Seksyen 130 Kanun Tanah Negara 1965 akan dilaksanakan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.