Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

233) KILANG HARAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status kilang haram di Selangor

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dilaksanakan pada Julai 2007 dan dijangka selesai pada tahun 2008 dan tamat pada 31 Disember 2015.

  2. Benarkah wujud ÒgangsterismÓ dalam menangani kilang haram? Terangkan jika ada.

    Tiada laporan secara rasmi diterima berhubung isu gangsterism dalam menangani kilang haram.

     

  3. Nyatakan peratus pemilikan kilang haram ini dari segi bangsa (Melayu, Cina dan India).

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai data pemilikan kilang haram mengikut kaum kerana dasar Kerajaan Negeri tidak membezakan antara kaum dalam apa jua urusan pentadbiran negeri termasuklah urusan pentadbiran tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.