Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
120) KILANG DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah lesen kilang yang telah diluluskan di kawasan Kota Damansara?
Sebanyak 12 lesen kilang yang telah diluluskan di kawasan Kota Damansara.
-
Adakah terdapat perancangan untuk membuka kawasan perindustrian baru di Kota Damansara?
Setakat ini tiada perancangan untuk membuka kawasan perindustrian baru di Kota Damansara.
-
Nyatakan jumlah kilang haram yang dikenalpasti dan tindakan yang diambil di Kota Damansara?
Tiada kilang haram yang dikenalpasti dan tindakan yang diambil di Kota Damansara.