Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

59) KILANG DI KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH RASA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kilang-kilang yang berlesen dan tanpa lesen yang menjalani aktiviti peleburan logam di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa, Hulu Selangor.

    Kilang Berlesen Kilang Tanpa Lesen
    i.    ANYOLI SDN. BHD

    Lot. No. 19/20,

    Jalan Zhurah 3A/1, 3A2,

    Zhurah Industrial Park,

    44200 Rasa, Hulu Selangor,

    Selangor

     

    ii.   KSS COPPER SDN. BHD

    No. 6, Jalan Zhurah 7,

    Perindustrian Zhurah

    44200 Rasa, Hulu Selangor

    Selangor

     

    i.    ZHAN HONG INDUSTRIES SDN. BHD

    Lot 1 & 5, Jalan Zhurah 3A,

    Kawasan Perindustrian Zhurah,

    44200 Rasa, Hulu Selangor,

    Selangor

     

    ii.   EFAST INDUSTRIES SDN. BHD

    Lot 1 & 5, Jalan Zhurah 3A,

    Kawasan Perindustrian Zhurah,

    44200 Rasa, Hulu Selangor,

    Selangor

     

    Jabatan Pelesenan MDHS mempunyai senarai kilang tembaga di seluruh kawasan Daerah Hulu Selangor termasuk kawasan Perindustrian Zurah Rasa.

    Jumlah kilang tembaga yang berdaftar/ berlesen : 13 buah kilang dan sebanyak 8 buah kilang di kawasan perindustrian zurah rasa.

    Pemantauan sentiasa dibuat oleh jabatan alam sekitar bagi memastikan kilang beroperasi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan

    Tiada dasar untuk menghadkan jumlah kilang memproses tembaga/ logam di dalam kawasan perindustrian MDHS. Walau bagaimanapun, semua permohonan perlu mematuhi segala syarat tertentu yang melibatkan kawalan alam sekitar (EIA).

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan satu task force untuk memantau kilang-kilang tersebut kerana penduduk sekitar selalu mengadu berlakunya pencemaran udara dan bau yang mengancam kesihatan mereka? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    MDHS telah mewujudkan Unit Kawalan Alam Sekitar bermula tahun 2020, dan ia telah berfungsi sepenuhnya untuk menyiasat aduan berkaitan pencemaran alam sekitar bagi kacauganggu pencemaran udara, air dan bau. Namun, task force dari MDHS secara rasmi masih belum diwujudkan.

    Pihak jabatan bercadang untuk mengukuhkan pasukan dengan:

    1. Menambah jumlah pegawai yang terdiri daripada PKP, PPKP, PKA dan Pembantu Awam yang berkhidmat dalam pasukan.
    2. Memberi latihan atau kursus bagi penyiasatan dan risikan kes berkaitan pencemaran alam sekitar.
    3. Menyediakan fasiliti perlu bagi kerja siasatan awal (depoh kenderaan, makmal, Tyvek suit, gas mask, set PPE asas, kenderaan, dan peralatan sampel jika perlu).
    4. Elaun kritikal dan elaun lebih masa kerana kes siasatan seringkali memberikan risiko tinggi kepada pasukan dan memakan masa yang lama tanpa mengira waktu bertugas.

    Bantuan teknikal daripada JAS, LUAS, dan jabatan teknikal lain diperlukan dan pihak MDHS sedia bekerjasama bagi mengambil tindakan bagi premis punca pencemaran alam sekitar di Hulu Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.