Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

119) KILANG Ð KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mengadakan pelan tindakan untuk menangani masalah kilang-kilang haram?

    Kerajaan Negeri telah pun memperkenalkan pelan tindakan untuk program pemutihan kilang tanpa kebenaran. Terdapat beberapa insentif dan rancangan baru akan diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai tuan tanah / pengusaha kilang mengambil peluang yang ditawarkan di dalam program ini. Dalam proses pemutihan perkara penting ialah setiap permohonan ditapis oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar bagi meneliti aspek-aspek kesan kepada alam sekitar.

  2. Terdapat berapa banyak kilang-kilang haram masih beroperasi di Selangor?

    Sehingga kini, terdapat 2,805 kilang-kilang haram yang masih beroperasi di Selangor.

  3. Berapa kilang haram telah berjaya memperolehi kelulusan rasmi dan dijadikan sebagai kilang yang sah?

    Sebanyak 705 daripada jumlah keseluruhan kilang haram (2,805) telah Kerajaan Negeri telah pun memperkenalkan pelan tindakan untuk program pemutihan kilang tanpa kebenaran. Terdapat beberapa insentif dan rancangan baru akan diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai tuan tanah / pengusaha kilang mengambil peluang yang ditawarkan di dalam program ini. Dalam proses pemutihan perkara penting ialah setiap permohonan ditapis oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar bagi meneliti aspek-aspek kesan kepada alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.