Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
68) KILANG BESI BURUK
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan butir terperinci lesen kilang besi buruk yang telah diberikan dalam Selangor mengikut PBT dalam tahun 2007 dan 2008.(nama syarikat, lokasi, tempoh lesen)
Bagi tahun 2007 dan 2008 lesen premis besi buruk yang dikeluarkan oleh PBT seluruh
Selangor adalah seperti berikut :
BIL PBT LESEN PREMIS
1 MBSA 30
2 MBPJ 0
3 MPK 13
4 MPAJ 4
5 MPSJ 25
6 MPS 8
7 MPKj 27
8 MPSp 20
9 MDKS 20
10 MDHS 19
11 MDKL 3
12 MDSB 29
JUMLAH 198
Butir-butir terperinci mengenai nama syarikat, tempoh lesen dan lokasi setiap
pemegang lesen seperti yang diminta oleh YB Rawang akan dikemukakan secara
bertulis memandangkan ia merupakan senarai yang panjang untuk dibacakan di Dewan
yang mulia ini. Manakala tempoh lesen untuk semua premis barangan lusuh akan
tamat pada 31 Disember 2008. -
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam menangani kilang besi buruk haram yang semakin bertambah?
Berhubung dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menangani
kilang besi buruk haram yang semakin bertambah ialah dengan menguatkuasakan
kuota dan mewajibkan semua premis beroperasi di atas tanah berstatus industri
sahaja. Susulan daripada arahan penarikan semula pembekuan permit barangan lusuh
daripada pihak PDRM berkuat kuasa 18 Ogos 2008, Kerajaan Negeri sedang dalam
proses menimbang semula kuota yang telah ditetapkan sebelum ini. Di samping itu,
tindakan penguatkuasaan juga dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak PDRM.