Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

18) KHIDMAT SOKONGAN PSIKOSOSIAL MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes yang direkodkan melibatkan keganasan rumah tangga di Negeri Selangor?

    Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes yang direkodkan melibatkan keganasan rumah tangga di negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    Tahun Bilangan kes
    2020 1,349
    2021 1,752
    2022 1,285
    2023 1,243
    2024 (sehingga Jun)  687

    Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Selangor 

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan sokongan psikososial untuk mangsa keganasan rumah tangga?

    Secara umumnya, perkhidmatan sokongan psikososial bagi mangsa keganasan rumah tangga disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu melalui Talian Kasih. Di peringkat negeri Selangor, inisiatif yang dilaksanakan bagi mangsa keganasan ialah Bantuan Rumah Perlindungan untuk menyokong rumah perlindungan sedia ada di negeri Selangor. Rumah perlindungan menyediakan perlindungan bersifat sementara kepada pemandiri keganasan rumah tangga, termasuk memberi perkhidmatan kaunseling dan sokongan krisis.

Lampiran

Tiada Lampiran.