Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
126) KHIDMAT GUAMAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pemilik, alamat dan nama syarikat guaman yang dilantik oleh Kerajaan Neger
Setakat yang berada dalam rekod, sebanyak 14 syarikat guaman yang pernah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi mengendalikan kes-kes saman terhadap Kerajaan Negeri. Senarai tersebut adalah seperti di Lampiran A.
Walau bagaimanapun, maklumat terkini mengenai nama pemilik dan alamat perniagaan terkini bolehlah dimohon kepada Badan Peguam Malaysia (Bar Council Malaysia).
-
Berapakah perbelanjaan untuk membiayai khidmat guaman pada tahun 2013- 2015?
Perbelanjaan yang terlibat untuk membiayai khidmat guaman pada tahun 2013-2015 adalah seperti berikut:
- Kos bayaran khidmat guaman yang dibayar pada tahun 2013 adalah berjumlah RM431,347.08 ( Rujuk Lampiran 1)
- Kos bayaran khidmat guaman yang dibayar pada tahun 2014 adalah berjumlah RM2,236,816.03 ( Rujuk Lampiran 2)
- Kos bayaran khidmat guaman yang dibayar pada tahun 2015 adalah berjumlah RM2,688,242.38 ( Rujuk Lampiran 3)