Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
56) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan, jenis bas (contoh: bas coaster, bas shuttle), jumlah bas percuma dan nombor bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Tempatan (termasuk PJCity Bus).
Kebanyakan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus menggunakan bas panjang iaitu berukuran 10 meter dan 12 meter, manakala hanya dua (2) laluan di Majlis Perbandaran Sepang yang menggunakan bas pendek iaitu bas coaster berikutan laluan atau jalan perkampungan yang sempit serta ruang memasuki kawasan hospital yang kecil.
Senarai penuh berhubung jenis bas, jumlah bas percuma dan nombor bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk PJCity Bus adalah seperti Jadual 1:
-
Sila senaraikan kajian terhadap pengangkutan awam di bawah Negeri Selangor terutamanya di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Bandar Utama sekiranya ada.
Sebanyak empat (4) kajian berkaitan sektor pengangkutan awam di Petaling Jaya yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah seperti berikut:-
1. Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya;
2. Pelan Induk Perteduhan Bas Petaling Jaya;
3. Kajian Rekabentuk Bandar TOD Petaling Jaya; dan
4. Kajian Kemudahan Pengangkutan Awam di Stesen MRT1 Petaling Jaya. -
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan bas coaster di sesetengah kawasan? Jika ya, bila ianya akan dijalankan dan bagaimana Kerajaan menentukan kawasan tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ CityBus pada ketika ini menggunakan bas bersaiz 10 dan 12 meter mengikut keperluan dan kesesuaian laluan. Penggunaan bas bersaiz panjang ini lebih menepati sasaran berdasarkan keperluan dan kesesuaian laluan sedia ada untuk memberi lebih banyak peluang kepada pengguna pengangkutan awam di Negeri Selangor seterusnya meningkatkan jumlah penerimaan penumpang yang tinggi.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan tiada halangan untuk mempertimbangkan penggunaan bas bersaiz kecil, mini atau coaster bagi memenuhi keperluan di kawasan yang sukar dimasuki bas bersaiz panjang, laluan dan jalan yang sempit serta kos yang lebih efektif dalam mempertingkatkan liputan, kapasiti dan kesaling hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar sekiranya ia diperkenalkan semula oleh Kerajaan Persekutuan.