Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
106) KHATIB TIDAK BERTAULIAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah aduan dan pendakwaan terhadap khatib tanpa tauliah dari tahun 2008 - 2014?
Berikut ialah jumlah aduan yang diterima:
BIL TAHUN JUMLAH 1 2008 Tiada data 2 2009 Tiada data 3 2010 0 4 2011 9 5 2012 6 6 2013 14 Setakat 24 Mac 2014 2 Tiada pendakwaan direkodkan secara khusus atas kesalahan “khatib tidak bertauliah”. Walaubagaimanapun, berikut dikemukakan jumlah pendakwaan yang dilakukan terhadap kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah dalam tempoh 2008 – 2014, yang mungkin di antaranya adalah “khatib tidak bertauliah”:
BIL TAHUN JUMLAH 1 2008 0 2 2009 2 3 2010 0 4 2011 1 5 2012 1 6 2013 1 Setakat 24 Mac 2014 0 -
Apakah tindakan yang telah diambil dan hukuman yang boleh dikenakan?
Bagi seseorang yang didapati melakukan kesalahan ini, mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003, iaitu;
Kesalahan Mengajar Agama Islam Atau Perkara-Perkara Tentang Agama Islam Tanpa Tauliah, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya.
-
Bagaimanakah cara pengaduan dan pembuktian yang mengikut prosedur?
Bagi apa-apa kesalahan jenayah dan pentadbiran syariah, seseorang boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, JAIS untuk memberi maklumat tentang kesalahan tersebut. Ia boleh dilakukan dengan pengadu hadir sendiri atau menghubungi nombor HOTLINE JAIS 1800-88-2424 untuk menyalurkan maklumat tersebut.
Sebarang pembuktian terhadap apa-apa kesalahan berkaitan perlanggaran enakmen kesalahan syariah perlu mengikut prosedur yang diperuntukkan dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.