Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

136) KHAIRAT KEMATIAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji balik cara pengendalian program SMUE yang telah menimbulkan masalah logistik dan memberi ketidakpuasan kepada masyarakat Selangor?

    Kerajaan Negeri sedang dalam penelitian bagi mengkaji semula cara pengendalian program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak Pusat Khidmat DUN dan juga penerima manfaat.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara waktu Program Jom Shooping Warga Emas yang kebiasaannya dibuat secara berkumpulan memandangkan penularan wabak Covid-19 yang melanda Negara ini.

    Bagi memastkan para peserta SMUE masih mendapat manfaat daripada program ini, Kerajaan Negeri memutuskan untuk baucer Jom Shopping Warga Emas ini masih boleh dituntut oleh para peserta atau wakil yang berdaftar di semua Pusat Khidmat DUN, dan baucer tersebut perlu dituntut dan dibelanjakan oleh mereka secara individu dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tuntutan baucer yang akan diumumkan.

    Kerajaan Negeri juga sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan pandangan bagi tujuan penambahbaikan kaedah pengendalian program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.