Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

7) KHAIRAT ILTIZAM SELANGOR SIHAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang dibayar dalam khairat Iltizam Selangor Sihat. Perincikan mengikut DUN?

    Rawatan asas yang berkualiti merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam memastikan tahap kesejahteraan rakyat sentiasa terbela. Walau bagaimanapun, kos rawatan asas yang semakin meningkat memberi kesan terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan dan tinggal di kawasan bandar. Justeru, pengenalan Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) merupakan langkah yang tepat oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan ini. Melalui ISS, golongan yang menepati syarat kelayakan akan menerima rawatan manfaat asas sehingga RM500 setahun di klinik Selcare dan panel terpilih seluruh negeri Selangor. Penerima ISS juga akan menerima manfaat tambahan seperti kematian semulajadi, kematian/kecacatan kekal akibat kemalangan, penyakit kritikal dan perbelanjaan pengebumian.  Perlindungan ini bukan sahaja diberikan kepada pemohon utama malah ahli keluarga berdaftar turut akan menerima manfaat tambahan yang sama. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.iltizamselangorsihat.com. Perincian bagi data tuntutan manfaat tambahan di bawah Iltizam Selangor Sihat sehingga 1 November 2022 adalah seperti berikut:

  2. Berapa lamakah tempoh bayaran tuntutan khairat kematian waris Iltizam Selangor Sihat?

    Tempoh masa bagi memproses tuntutan manfaat tambahan di bawah Iltizam Selangor Sihat adalah 30 hari bekerja, bagi permohonan yang mengemukakan dokumen yang lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.