Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

17) KEY PERFORMANCE INDICATORS (KPI)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah KPI bagi:- i) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ii) Ahli-ahli Dewan Negeri iii) Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan iv) Ketua-ketua Kampung v) Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

    Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak sebelah 11 indikator sebagai KPI  Ahli Majlis PBT iaitu seperti berikut :-

     

    • Kehadiran Mesyuarat
    • Komitmen kepada tugas
    • Pengetahuan dan kemahiran dalam tugas
    • kebolehan membuat keputusan
    • keberkesanan komunikasi
    • keberkesanan hasil kerja
    • kepimpinan
    • integriti
    • disiplin dan ketepatan masa
    • proaktif dan inovatif
    • jalinan perhubungan dan kerjasama

     

    KPI ini akan digunakan bagi pemantauan prestasi yang dinilai ke atas Ahli Majlis bukan sekadar komitmennya di dalam pejabat malah Kerajaan Negeri juga  amat menitikberatkan sumbangan setiap Ahli Majlis terhadap kawasan yang dipertanggungjawabkan. seperti mana yang telah dipraktikkan, penilaian prestasi bagi setiap Ahli Majlis PBT akan dilaksanakan oleh ADUN, Ahli Parlimen dan juga Datuk Bandar / Yang Dipertua. seterusnya, penilaian berkenaan akan dibincangkan di dalam Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis Negeri Selangor untuk dipertimbangkan sama ada perkhidmatan mereka disambung ataupun sebaliknya.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.