Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
107) KEWUJUDAN TASKA DAN TASKI KAWASAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak TASKA dan TASKI wujud di Negeri Selangor khususnya di taman-taman perumahan dan di bandar-bandar baru. Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai data bilangan TASKA dan TASKI yang berdaftar secara sah di Negeri ini?
Bilangan pra sekolah JAIS 12 buah.
Bilangan TASKA dan TASKI persendirian yang berdaftar dengan JAIS 110 buah. -
Adakah kerajaan Negeri mengiktiraf TASKA dan TASKI yang beroperasi secara tidak sah?
JAIS tidak mengiktiraf TASKA dan TASKI persendirian yang tidak berdaftar atau berperasi secara tidak sah. JAIS sentiasa terbuka untuk membantu TASKA dan TASKI supaya berdaftar dan mematuhi Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Islam no. 2 1988 pindaan no. 7 2001.
-
Adakah kanak-kanak yang belajar di TASKA dan TASKI yang beroperasi secara tidak sah akan menerima sumbangan dari kerajaan Negeri?
JAIS perlu membantu supaya TASKA dan TASKI ini supaya berdaftar. Selepas
didaftarkan dan maklumat mengenai TASKA dan TAKIS ini diperolehi barulah
sebarang bantuan boleh diberi.