Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
229) KEWANGAN UNISEL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kedudukan kewangan UNISEL dari 2014-2016?
Kedudukan kewangan bagi tahun 2014 mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM 10,583,392, manakala bagi tahun 2015, kerugian meningkat kepada RM 16,564,999.
Manakala bagi tahun berakhir 2016, setelah pelarasan dibuat, deraf audit sebelum cukai mencatatkan keuntungan sebanyak RM 7,300,994. Walau bagaimanapun, deraf audit ini masih dalam proses pengauditan dan belum dapat disahkan sepenuhnya.
Tahun 2014 – Rugi (RM 10,583,392)
Tahun 2015 – Rugi (RM 16,564,999)
Tahun 2016 – Deraf Audit RM 7,300,994 (perkembangan positif yang membuktikan lagkah-langkah penjimatan dan proses transformasi yang diperkenalkan awal tahun 2016 menampakkan hasil dan berjaya mencapai objektif) .
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan kerugian UNISEL menurun setiap tahun?
Kerajaan Negeri telah membantu dalam penyaluran dana bagi memastikan infrastruktur dan kemudahan (khususnya “capital expenditure”) di UNISEL diperbaiki dan dimajukan bagi memberi persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan lebih selesa. Penyaluran dana dan geran ini telah membantu dalam meningkatkan jumlah pelajar, menambahkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan UNISEL, sekaligus meningkat hasil yuran dan mengurangkan kerugian semasa UNISEL.