Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

8) KEWANGAN PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan prestasi kewangan, PIYS telah mengalami kerugian besar dari 2009 hingga 2013. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kerugian ini berlaku?

    Penurunan jumlah pelajar yang mendaftar merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kerugian yang dialami oleh PIYS. Faktor tersebut telah secara langsung menyebabkan penurunan pendapatan

    Faktor seterusnya adalah kerana kurangnya permintaan bagi kursus yang mempunyai margin yang lebih tinggi berbanding kursus lain seperti Kursus Kejuruteraan. Kursus tersebut ditawarkan di Kampus Bestari Jaya yang mana ianya terkesan dengan isu-isu operasi berhubung penutupan asrama pelajar yang dikaitkan dengan pemendapan tanah.

     

  2. Sejauh manakah prestasi pertambahan pelajar baru mampu mengurangkan masalah kerugian?

    Pertambahan pelajar baru perlu mencapai jumlah minima pelajar aktif kepada 13,000 orang untuk mencapai pulangan modal dan seterusnya mengelakkan kerugian kepada PIYS. Pertambahan pelajar baru juga perlu seimbang bagikeseluruhan kursus yang

  3. Apakah sumber dana kewangan bagi pelajar-pelajar?

    Sumber dana kewangan bagi pelajar-pelajar UNISEL merangkumi tajaan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Zakat Selangor, Dana Pendidikan Karangkraf, pembiayaan sendiri serta tajaan-tajaan lain seperti Yayasan Selangor, SUK, Perkeso, SUKAN, PNB/PNS dan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.