Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

40) KEWANGAN PBT DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan Belanjawan setiap PBT di Selangor pada tahun 2022

    Secara keseluruhan, anggaran hasil, perbelanjaan dan kurangan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor bagi tahun 2022 adalah masing-masing berjumlah RM2,426.51 juta, RM2,621.41 juta dan RM186.96 juta dengan pecahan seperti yang berikut:

     

    PBT ANGGARAN HASIL 2022

     

    (RM Juta)

    ANGGARAN PERBELANJAAN 2022

    (RM Juta)

    ANGGARAN SURPLUS/(DEFISIT) 2022

    (RM Juta)

    MBSA 487.00 508.34 (-20.99)
    MBPJ 388.74 410.72 (-21.98)
    MBSJ 279.14 297.65 (-18.51)
    MPK 258.29 305.14 (-46.84)
    MPAJ 147.00 200.00 (-53.00)
    MPS 189.27 189.27 0.00
    MPKJ 222.59 231.36 (-8.77)
    MPSP 166.21 166.21 0.00
    MPKL 78.76 86.33 0.00
    MPKS 93.98 98.80 (-4.82)
    MPHS 93.78 104.05 (-10.27)
    MDSB 21.75 23.54 (-1.78)
    JUMLAH 2,426.51 2,621.41 (-186.96)
  2. Adakah PBT di Selangor mempunyai kewangan yang kukuh sekiranya tidak melaksanaan kenaikan cukai takfiran pada tahun ini?

    Kedudukan kewangan PBT Negeri Selangor yang terkini adalah baik dengan pelaksanaan kawalan perbelanjaan yang dibuat. Namun, terdapat aras cukai taksiran yang berkuatkuasa yang telah menjangkau lebih daripada 30 tahun dan ianya memberi kesan kepada PBT dalam memberikan perkhidmatan.

     

    Walaubagaimanapun, memandangkan Negara baru sahaja beralih ke fasa endemik Covid-19 dengan aktiviti ekonomi baru dibuka, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan tidak berhasrat untuk menaikkan kadar cukai di Selangor.

    Ditambah dengan masalah kadar inflasi makanan dan harga barang yang semakin tinggi, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 13 Julai 2022 membuat keputusan bahawa tiada kenaikan kadar cukai pintu di Selangor pada waktu rakyat masih berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi masa ini.

    Kerajaan Negeri akan terus bersama dengan rakyat Negeri Selangor dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

  3. Nyatakan PBT yang masih hutang dengan Kerajaan Negeri serta jumlah hutang mereka.

    Terdapat enam (6) PBT yang masih mempunyai hutang dengan Kerajaan Negeri dan baki pinjaman sehingga 18 Julai 2022 adalah RM52,976,445.30. Pecahan mengikut PBT adalah seperti yang berikut:

     

    PBT BAKI PINJAMAN HINGGA 18 JULAI 2022

    (RM)

    MBSA 24,220,526.49
    MBSJ 11,541,361.03
    MPKJ 3,500,000.00
    MPKL 1,963,427.78
    MPKS 6,925,000.00
    MDSB 4,826,130.00
    JUMLAH 52,976,445.30

Lampiran

Tiada Lampiran.