Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
335) KEUSAHAWANAN & INOVASI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah badan yang terdapat dalam kerajaan Selangor yang menjaga hal berkaitan pembangunan usahawan secara dekat dan berterusan sehingga berjaya, serta peruntukan untuk pembangunan usahawan keseluruhan?
Terdapat 6 badan Kerajaan Negeri Selangor yang menjaga hal berkaitan pembangunan usahawan secara dekat dan berterusan sehingga berjaya. Badanbadan tersebut ialah:-
- i) Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor di bawah penyeliaan Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); ii) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor; iii) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor; iv) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan Negeri Selangor;
- Yayasan Dar Al-Qard Al Hasan di bawah Menteri Besar Incorporated
(MBI) bagi :-
- Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)
- Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel)
- Unit Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Seperti yang telah dipersetujui semasa Retreat EXCO di Bangkok pada 18-20
September, 2013 dan dibentangkan di dalam Dialog Bajet 2014, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan juga dalam proses menubuhkan Pusat Keusahawanan Negeri Selangor (PUNS) yang mana Pusat Keusahawanan Negeri Selangor (PUNS) ini akan bertindak sebagai sebuah agensi sehenti yang memusatkan semua aktiviti dan program keusahawanan bagi pembangunan keusahawanan.
Peruntukan untuk pembangunan keusahawanan keseluruhan (dari tahun 20082014) adalah sebanyak RM120,196,505.00. Pecahan peruntukan mengikut badan adalah seperti berikut:-
BIL PERUNTUKAN (2008-2014) JUMLAH (RM) 1. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan 18,200,000.00 2. Unit Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor 8,383,000.00 3. Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 3,692,205.00 4. Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan Negeri Selangor 1,450,000.00 5. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan a) MiMBAR b) Skimsel
70,000,000.00 6. Unit Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 23,971,300.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) 125,696,505.00 - i) Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor di bawah penyeliaan Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); ii) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor; iii) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor; iv) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan Negeri Selangor;
-
Kiosk 30 tahun lalu berkonsepkan ÔÕtake-away" di Jalan PJS 2/1, 2/3 perlu dinaiktaraf bagi memastikan perniagaan terus berdaya saing dan maju. Apakah perancangan kerajaan bagi membantu membangunkan peniaga-peniaga kecil tersebut?
Terdapat 66 unit kiosk di Jalan PJS 2/3 yang direkabentuk dan dibina oleh MARA berkonsepkan “take away” khusus untuk peniagaan yang tidak melibatkan aktiviti memasak dan tidak disediakan kemudahan pengunjung untuk makan di tapak kiosk. Jenis perniagaan yang benarkan adalah seperti menjual nasi lemak, kuih muih, makanan ringan berbungkus, air baling, air kotak dan tin. Pada tahun 2010 pihak MARA telah menyerahkan kiosk tersebut kepada Majlis untuk diselenggara dan diuruskan.
Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya ada bercadang untuk mengubah konsep perniagaan tersebut dari konsep “take away” kepada “foodcourt” dan cadangan tersebut masih di dalam proses penilaian / penelitian, terdapat paip air milik Syabas di bawah tapak kiosk tersebut dan kerja kerja menaiktaraf ini dikhuatiri akan menjejaskan paip tersebut. Pihak Syabas sehingga kini belum memberi persetujuan terhadap cadangan menaiktaraf pusat penjaja di tapak ini.