Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
59) KEUSAHAWANAN DAN PENAIKTARAFAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Minta kerajaan negeri kemukakan cadangan untuk membina kiosk untuk membantu golongan penjaja kecil
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor telah membincangkan cadangan ini di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan. Cadangan yang telah dikemukakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Tetap itu adalah untuk menyeragamkan dan membina kiosk yang seragam untuk golongan penjaja
-
Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah peruntukan yang dikeluarkan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Selangor dari tahun 2010-2013
Jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Selangor dari tahun 2010-2013 adalah sebanyak RM90,134,565.89.
Bil. Jabatan / Agensi 2012 2013 2014 1 UPEN 2,050,000.00 2,200,000.00 2,200,000.00 2
Jab. Perkhidmatan Veterinar 460,000.00
215,000.00
1,450,000.00
3 Jabatan Pertanian
2,050,000.00 1,249,549.79 1,208,046.00 4 PKNS 2,589,560.00 2,595,210.00 3,893,000.00 5 SKIMSEL 26,431,500.00 19,599,950.00 21,942,750.00 Jumlah 33,581,060.00 25,859,709.79 30,693,796.00 -
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk meningkatkan peruntukan pembangunan di setiap DUN untuk merangsang aktiviti keusahawanan di Selangor
Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan peruntukan pembangunan usahawan untuk merangsang aktiviti keusahawanan di Selangor. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji keperluan dan kesesuaian had bantuan bagi Dana Industri Kampung dari RM10,000.00 permohonan yang diluluskan ke RM30,000.00