Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15) KEUSAHAWANAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan negeri untuk memajukan keusahawanan dan membantu usahawan muda?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bentuk bantuan perniagaan untuk menyokong pembangunan usahawan termasuk usahawan muda di negeri ini. Berikut merupakan bantuan geran, pinjaman mikrokredit dan program yang ditawarkan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan :

    1. Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS)

    Bantuan ini diberikan kepada usahawan melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas dalam bentuk mesin atau peralatan untuk membantu usahawan di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

    Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk program bantuan DUMS pada tahun 2024. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

    • Rakyat Negeri Selangor ataupun yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun;
    • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun;
    • Perusahaan di bawah kategori mikro, kecil atau sederhana;
    • Perusahaan merentasi semua sektor termasuk sektor Industri Kreatif;
    • Telah dan masih beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun daripada tarikh permohonan;
    • Konsisten dari segi pengeluaran dan permintaan;
    • Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara dalam talian); dan
    • Pemohon yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

    1. Klinik Usahawan Selangor

    Penubuhan Klinik Usahawan Selangor adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek urus tadbir, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan. Ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan secara menyeluruh dalam perniagaan dan menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan. UPEN Selangor bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS untuk menjalankan program ini.

    Program BPU PKNS bukan sahaja menumpukan pembangunan usahawan-usahawan muda dari umur 21 hingga 45 tahun dari kategori usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana, tetapi juga turut menjalankan program-program keusahawanan bermodul untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi membudayakan keusahawanan dalam kalangan peserta-peserta program. Program Perintis Usahawan (PPU) telah dilaksanakan sejak 2007 yang melibatkan pelajar dari sekolah rendah terpilih. Manakala Program Tunas Niaga (PROTUNe) telah dilaksanakan sejak 1998 yang melibatkan pelajar dari sekolah menengah terpilih.

    • Latihan Keusahawanan

    Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keusahawanan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti INSKEN, MARA, HIJRAH SELANGOR dan Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS. Bagi tahun 2024, Program Pembangunan Usahawan Muda (SAY Belia) akan dilaksanakan dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY), untuk membangunkan usahawan muda dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Program ini memberi fokus kepada usahawan belia yang memerlukan bimbingan serta latihan khusus dalam membangunkan perniagaan. Program ini akan dilaksanakan selama 6 bulan yang merangkumi asas peniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran dan penempatan produk.

    1. Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor

    HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan secara berperingkat bermula tahun 2020. Ia merupakan satu sistem pembiayaan modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1 – 4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat beberapa program lain di bawah agensi ini seperti berikut:

    1. NADI (Skim Niaga Darul Ehsan)

    Bantuan ini berbentuk pinjaman modal dari RM1,000.00 – RM50,000.00 khusus untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan. Pembiayaan ditawarkan dalam tempoh enam (6) bulan sehingga tiga (3) tahun.

    1. Skim i-Bisnes

    Menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan sehingga RM50,000.00 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sudah diusahakan. Pembiayaan ditawarkan dalam tempoh sehingga lima (5) tahun.

    1. Ekspo/ Pameran Keusahawanan

    Salah satu inisiatif bagi mengembangkan lagi pasaran produk para usahawan di Negeri Selangor adalah melalui penyertaan dalam ekspo dan pameran. Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor di ekspo/ pameran tempatan atau antarabangsa dalam memasarkan produk dan meningkatkan pendapatan.

    1. Program U-PLATS

    Program Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) merupakan program latihan yang ditawarkan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan peniaga ke arah digitalisasi. Program U-PLATS menawarkan beberapa fasa dan  modul khas seperti berikut :

    1. Fasa 1 memfokuskan kepada adaptasi digitalisasi dan penjanaan gandaan pendapatan. Di dalam fasa 1 juga, usahawan dididik untuk memastikan kewujudan perniagaan di dalam platform digital dan pembinaan kandungan kreatif seperti di tiktok untuk mengiklankan perniagaan mereka.
    2. Fasa 2 pula memfokuskan kepada perkemasan perniagaan sehingga mendapat pensijilan halal.

    Fasa 3 memfokuskan kepada “expand dan export” untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan.

  2. Apakah program pendidikan keusahawanan yang ditawarkan kepada usahawan baru?

  3. Bagaimanakah kerajaan negeri menyokong pembiayaan untuk startup dan perniagaan kecil?

Lampiran

Tiada Lampiran.