Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

195) KEUNTUNGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keuntungan KHSB?

    Jumlah keuntungan (belum diaudit) pada tahun 2013 adalah RM10.68 juta.

     

  2. Berapa peratus pemberian KHSB daripada keuntungan kepada kerajaan negeri?

    Peratus pemberian keuntungan KHSB kepada Kerajaan Negeri akan dibuat berdasarkan pegangan ekuiti semasa KDEB (syarikat milik penuh Kerajaan Negeri) di dalam KHSB iaitu 95%.

    Dewasa ini, KHSB tidak mungkin dapat melakukannya kerana syarikat masih lagi dalam proses pemulihan setelah mengalami kerugian berpanjangan beberapa tahun sebelum ini. Dana yang sedia ada amat diperlukan untuk digunakan sebagai modal melaksanakan projek-projek pembangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.