Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
206) KEUNTUNGAN / (KERUGIAN) YANG DIREKODKAN OLEH MBI DAN ANAK SYARIKAT UTAMA MILIKANNYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila lampirkan dari 23 buah anak syarikat milikan, berapa buah syarikat yang untung dan berapa buah syarikat yang rugi serta nilainya bagi tahun 2024?
Berikut adalah laporan prestasi kewangan bagi tahun 2024 untuk dua puluh tiga (23) syarikat utama milikan MBI:
Bil Nama Syarikat Keuntungan /(Kerugian) Belum Audit RM
1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (2,209,752) Anak Syarikat utama di bawah MBI 1. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad 65,496 2 Permodalan Negeri Selangor Berhad 27,537,000 3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 5,869,206 4. Media Selangor Sdn Bhd 1,448,201 5. UNISEL Sdn Bhd (38,597,281) 6. INPEN (Selangor) Sdn Bhd 1,214,433 7. Air Selangor Holdings Berhad (14,173,000) 8. Rantaian Mesra Sdn Bhd 9,619 9. Yayasan Warisan Anak Selangor 100,352 10. Yayasan Hijrah Selangor (4,234,772) 11. Mantapmurni Sdn Bhd (44,844) 12. Invest Selangor Berhad 1,433,962 13. Darul Ehsan Facilities Management (57,098) 14. Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd 5,599,046 15. Darul Ehsan Investment Group Berhad 19,967,449 16. Tourism Selangor Sdn Bhd (967,262) 17. KDEB Waste Management Sdn Bhd (2,045,326) 18. SSDU Innovations Sdn Bhd 10,790 19. Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn Bhd (142,514) 20. Selangor Fintech Sdn Bhd (10,472) 21. Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd (5,622) 22. Selangor e-Wallet Sdn Bhd (70,076) 23. His Toyyiba Sdn Bhd (720,933) -
Sila nyatakan berapa pula jumlah syarikat yang layak keluarkan zakat dan syarikat yang tidak layak keluarkan zaka bagi tahun 2024 dan nilai zakatnya serta sebab kegagalan syarikat tidak layak keluarkan zakat?
Setakat ini, terdapat lima (5) anak syarikat milikan MBI telah dikenalpasti layak untuk membuat bayaran zakat berdasarkan kepada kedudukan kewangan masing-masing. Walau bagainamanpun MBI dan Lembaga Zakat Selangor sedang meneliti kelayakan anak syarikat milikan MBI yang lain dan perkara ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Kaedah pengiraan zakat perniagaan telah dibuat dengan mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan. Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.
-
Apakah terdapat anak syarikat yang rugi dan terpaksa ditutup atau membuat pinjaman dengan kerajaan negeri?
Syarikat milikan MBI telah dipecahkan kepada dua (2) kategori berdasarkan objektif penubuhan masing-masing seperti berikut;
- Syarikat bersifat komersial merupakan syarikat yang berperanan untuk meningkatkan nilai pelaburan pihak yang berkepentingan; dan
- Syarikat bersifat startegik merupakan syarikat yang diberi mandat untuk melaksanakan program Kerajaan Negeri dan terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat sebagai komitmen tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri terhadap rakyat Selangor dengan sumber utama kewangan adalah melalui geran yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri atau bantuan kewangan daripada MBI.
MBI Selangor secara berterusan memantau operasi syarikat-syarikat milikannya di dalam kedua-dua kategori di atas bagi memastikan kelancaran dan kesinambungan operasi perniagaan serta memastikan kebergantungan kepada bantuan Kerajaan Negeri adalah pada paras minima.