Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

5) KEUNTUNGAN GLC

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan keuntungan semua GLC sepanjang tahun 2011.

    Sehingga 31 Disember 2011, terdapat sembilan (9) GLC / Badan Berkanun yang telah memperolehi keuntungan manakala terdapat empat (4) GLC / Badan Berkanun yang mengalami kerugian (Penyata Kewangan Belum Diaudit). Perincian keuntungan dan kerugian yang dicatatkan syarikat-syarikat tersebut pada tahun kewangan 2011 adalah seperti berikut:

    Bil Anak-Anak Syarikat Keuntungan /

    (Kerugian)

    Belum Diaudit (RM)

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 240,834,000.00
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 27,156,235.00
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 13,774,019.00
    4. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 12,326,730.00
    5. Yayasan Selangor 7,400,000.00
    6. Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) 2,450,991.43
    7. Selangor State Investment Centre (SSIC) 1,487,164.67
    8. Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) 594,955.13
    9. MSNS Holdings Sdn Bhd 70,772.64
    11. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (BBGC) (222,660.81)
    12. Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) (565,311.81)
    13. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) (11,179,000.00)
  2. Apakah masalah yang dihadapi bagi GLC bukan berorientasikan keuntungan?

    Antara masalah yang dihadapi oleh GLC yang tidak berorientasikan keuntungan ialah:

    • Pendapatan yang dijana tidak dapat menampung perbelanjaan syarikat di mana GLC tersebut perlu mendapatkan geran daripada Kerajaan Negeri untuk membiayai perbelanjaan operasi dan pengurusan syarikat.
    • Aktiviti-aktiviti utama GLC tersebut ialah melaksanakan Program Mempromosikan Negeri Selangor dan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana pelaksanaan program-program tersebut melibatkan kos operasi yang tinggi seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS) dan TV Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.