Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
371) KETIADAAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah penyelesaian kepada ketiadaan Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Tradisi?
Pertanyaan (a) dan (b) oleh akan dijawab bersekali.
Secara amnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya melaksanakan kutipan sampah di kawasan operasi PBT sahaja tidak termasuk kawasan kampung tradisi. Namun, kutipan sampah di kawasan kampung tradisi dilaksanakan sebagai inisiatif PBT bagi menyelesaikan isu pembuangan sampah di tepi-tepi jalan dengan menyediakan tong sampah berpusat di lokasi yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.
Selain itu, peruntukan bagi perkhidmatan kutipan sampah adalah terhad terutamanya bagi kutipan sampah di kawasan kampung dan tiada peruntukan disediakan bagi pembinaan tapak pembuangan sampah di kawasan kampung tradisi. Namun, JPKK Kampung Tradisi boleh memohon peruntukan bagi membina tapak pembuangan sampah daripada Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan masing-masing untuk pertimbangan.
-
Bagaimanakah prosedur untuk memohon dan pihak mana yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan tapak tong sampah kampung tradisi?
Pertanyaan (a) dan (b) oleh akan dijawab bersekali.
Secara amnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya melaksanakan kutipan sampah di kawasan operasi PBT sahaja tidak termasuk kawasan kampung tradisi. Namun, kutipan sampah di kawasan kampung tradisi dilaksanakan sebagai inisiatif PBT bagi menyelesaikan isu pembuangan sampah di tepi-tepi jalan dengan menyediakan tong sampah berpusat di lokasi yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.
Selain itu, peruntukan bagi perkhidmatan kutipan sampah adalah terhad terutamanya bagi kutipan sampah di kawasan kampung dan tiada peruntukan disediakan bagi pembinaan tapak pembuangan sampah di kawasan kampung tradisi. Namun, JPKK Kampung Tradisi boleh memohon peruntukan bagi membina tapak pembuangan sampah daripada Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan masing-masing untuk pertimbangan.
-
Apakah penyelesaian masalah berkenaan ketiadaan tempat pembuangan sampah khususnya di Kampung Permatang,Kuala Selangor ?
Cadangan pusat kutipan sampah yang telah dipersetujui oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pada tahun 2018 adalah di depan Masjid Kampung Permatang dan Balai Penghulu Permatang. Walau bagaimanapun, kedua-dua lokasi itu telah ditutup kerana berlaku lambakan sampah yang tidak terkawal. Pihak MPKS akan menyemak semula lokasi yang lebih sesuai untuk pertimbangan lanjut.