Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

234) KETERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR HUJUNG TAHUN 2022

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia menghadapi gelombang banjir pada hujung tahun 2022? Sekiranya ya, sila jelaskan inisiatif-inisiatif yang telah tersedia bagi memastikan warga Selangor terjaga.

    Ya, Kerajaan Negeri telah bersedia menghadapi gelombang banjir pada hujung tahun 2022. Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan di dalam “trustdeed” Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada 30 Ogos 2017. Selain itu, bantuan-bantuan lain akan turut disalurkan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.

     

  2. Adakah ketersediaan ini juga mengambil kira risiko kekangan Pilihan Raya Umum Ke-15?

    Untuk makluman Yang Berhormat, JPBN dan JPBD telah bersiapsiaga dalam menghadapi banjir sewaktu musim monsun timur laut 2022/2023 termasuk risiko-risiko bencana yang mungkin bakal berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15. Mesyuarat penyelarasan telah diadakan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan Standard Operating Procedure (SOP) dan ketetapan SPR dipatuhi.

Lampiran

Tiada Lampiran.