Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
91) KETERJAMINAN MAKANAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap keterjaminan makanan dan strategi bagi menghadapi krisis bekalan keperluan asas?
- Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) bagi memajukan sektor pertanian dengan lebih teratur dan Dasar ini memberikan penekanan kepada sektor pertanian yang mampu menghasilkan pulangan tinggi menerusi kaedah moden dan berteknologi tinggi serta mesra alam. Objektif utama PeTA adalah :-
i. Produktiviti
Meningkatkan pengeluaran hasil segar dan tahap sara diri atau self sufficient ratio (ssr)
ii. Ekonomi
Meningkatkan sumbangan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) di sektor pertanian makanan dan pendapatan golongan agroprenuer
iii. Modal Insan
Memberi peluang khususnya kepada golongan dan wanita untuk terlibat di dalam sektor pertanian makanan dan menyediakan Latihan dan bimbingan dengan agroprenuer sedia ada serta yang baharu untuk menceburkan diri.
Bagi memastikan objektif tersebut dapat dicapai, 5 dasar telahpun digariskan untuk sektor pertanian di Negeri Selangor iaitu :-
- Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product);
- Pemodenan Pertanian (Agriculture Modernization);
- Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain);
- Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development); dan
- Agro Pelancongan (Agro Tourism).
Bagi pelaksanaan PeTA pula, ianya telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu :-
- Agro Prihatin
- Pengurusan lambakan hasil golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT).
- Agro Komuniti
- Program agro bandar dan kebun
- Agro
- Agro
- Agro Centre Of Excellence (ACE)
- Meningkat kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam.
- Agropreneur Selangor
- Mewujudkan lebih ramai
- Program Ikon
- Pendaftaran agroprenuer
- Agro Pelancongan
- Galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha.
- Melaksanakan program-program bagi mempromosikan lokasi pertanian seperti Pesta D’Bendang dan Sport Fishing.
- Maju Agro Selangor
- Program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan
- Membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian.
- Agro Niaga
- Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang
- Promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar
- Mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan.
- E-Agro
- Pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan.
- Borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian.
- Smart Selangor Agro Park (SSAP) Dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)
- Pembukaan lebih banyak Kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.
Melalui dasar PeTA tersebut ianya turut merangkumi program dan projek khususnya di kawasan bandar bagi memberikan hasil sampingan melalui projek berskala kecil tetapi berpotensi memberikan pendapatan sampingan yang baik seperti tanaman cendawan, tanaman berkonsepkan fertigasi dan hidroponik serta penternakan lobster air tawar di mana projek-projek pertanian tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi dapat mengoptimakan ruang yang ada dengan imbuhan pendapatan yang baik.
-
Bagaimanakah penggunaan teknologi diterapkan dalam pertanian untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti?
Bagi memastikan penggunaan teknologi dapat diterapkan dalam meningkatkan produktiviti, latihan upskilling dan hands-on kepada usahawan yang melibatkan pelbagi tanaman sebanyak 316 kursus dijalankan sepanjang 2023
Selain daripada itu juga Jabatan Pertanian ada membangunkan showcase teknologi di pusat Pertanian bersama pemain industri bagi tujuan pemindahan teknologi sebagai contoh pembangunan lab IPM.
Antara teknologi yang diterapkan merangkumi pengeluaran benih atau baka, pengeluaran, gudang penyimpanan (warehousing) dan pemasaran.
Bagi memastikan teknologi seiring dengan semasa Jabatan Pertanian ada melaksanakan Participatory Observation (PO) yang kita menggalakkan industri untuk menguji atau mempromosi teknologi di ladang petani.
Bagi memastikan pengeluaran hasil dan selamat dimakan Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pensijilan myGAP, dan shingga tahun ini Jabatan Pertanian telah mengeluarkan 1863 sijil.
-
Apakah langkah yang telah dilakukan bagi menggalakkan usahawan pertanian dalam kalangan belia?
Bagi menggalakkan usahawan belia terlibat dalam pertanian UPEN Bersama Jabatan Pertanian telah melaksanakan Agroprenuer Muda Selangor (AMSEL) yang mana pada tahun 2023 insentif ini telah diberi kepada 40 orang penerima dengan nilai RM 374,930.00.
Selain daripada itu, bagi menggalakkan golongan belia, pelbagai promosi, seminar dan latihan dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bersama dengan agensi seperti Agrobank, FAMA dan pemain industri.