Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
99) KESUKANAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan negeri meraikan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli di Paralimpilk Rio 2016 yang berasal dari Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor meraikan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli berasal dari Selangor dengan memberi sumbangan daripada Kerajaan Negeri berbentuk wang tunai dan
-
Apakah rancangan untuk memartabatkan bidang sukan negeri supaya lebih ramai warga Selangor yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa?
Bagi memastikan Negeri Selangor maju dalam sukan dan sekali gus menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri peneraju kecemerlangan sukan, pihak Majlis telah mengambil langkah-langkah positif ke arah visi tersebut dengan memperkenalkan struktur pembangunan sukan di Selangor ini telah dibentangkan bagi tempoh 2016 – 2020 dengan memperkenalkan konsep 2i iaitu incorporate iaitu menggabungkan organisasi seperti dengan pihak Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Selangor (MSSS), Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor (USPTNS) di bawah kendalian Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Negeri (PSN) yang bergabung, Institut Sukan Negara (ISN) cawangan Selangor dan agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Manakala intergrate dalam struktur ini adalah berkenaan dengan penyatuan program yang sedia ada dan sedang dijalankan di peringkat agensi masing- masing. Dengan konsep 2i ini, ianya sejajar dengan saranan Y. A. B Menteri Besar untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Smart State dalam pelbagai aspek.
Majlis Sukan Negeri Selangor juga berusaha untuk membangunkan seberapa banyak sukan di peringkat daerah-daerah dengan menubuhkan pusat latihan di daerah-daerah di Selangor. Di dalam struktur baru ini, ianya melibatkan beberapa agensi dan jabatan lain iaitu pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Persatuan Sukan Negeri, Majlis Sukan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dari Majlis Sukan Negara.
Selain itu juga, bagi memastikan mutu dan pencapaian setiap sukan di Selangor ini dalam keadaan terancang dan baik, pihak Majlis bersama-sama dengan Persatuan Sukan Negeri sentiasa mengadakan perbincangan untuk mengenal pasti kaedah-kaedah yang wajar untuk membangunkan sesuatu sukan tersebut.