Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
250) KESINAMBUNGAN KEPADA SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan terkini bagi penambah baikan sistem pengangkutan awam, di kawasan DUN Kota Kemuning selain dari bas percuma?
Pada masa kini MBSA di bawah program Mobiliti Selangor akan menjalankan sesi percubaan (POC) berkaitan perkhidmatan Demand Responsive-Transit menggunakan van. Dicadangkan perkhidmatan ini akan diperluaskan di kawasan-kawasan lain di Shah Alam apabila POC tersebut berjaya dilaksanakan.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pengangkutan awam seperti bas percuma dari kawasan DUN Kota Kemuning ke LRT terdekat dan kawasan industri?
Pada masa kini, Bas Smart Selangor SA08 telah menghubungkan Kota Kemuning ke LRT Alam Megah dan Bas Smart Selangor SA06 menghubungkan Kota Kemuning ke Stesen Komuter, Seksyen 19. Pada masa akan datang perancangan laluan bas akan diselaraskan dengan pengusaha bas yang lain yang beroperasi di Shah Alam supaya perancangan laluan bas mempunyai ketersambungan yang baik terutamanya ke stesen-stesen transit dan kawasan tumpuan utama.