Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

34) KESIHATAN UNTUK ORANG ASLI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah Orang Asli mengikut daerah di Negeri Selangor yang telah menerima Kad Peduli Sihat.

    Jumlah keseluruhan Orang Asli yang menerima kad Peduli Sihat adalah sebanyak 3,656 kad atau anggaran seramai 14,624 orang akan menerima manfaat di bawah Program Skim Peduli Sihat. Pecahan mengikut DUN sehingga 16 November 2018 adalah seperti di Lampiran.

  2. Sila nyatakan jenis perkhidmatan kesihatan yang digunakan oleh kaum Orang Asli dengan Kad Peduli Sihat.

    Jenis perkhidmatan yang digunakan oleh Orang Asli bagi Kad Peduli Sihat merangkumi:

    • Perkhidmatan rawatan kesihatan asas dan susulan
    • Pengambilan ubat
    • Vaksinasi
    • Pemeriksaan saringan kesihatan
  3. Apa cadangan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan untuk Orang Asli Selangor?

    Cadangan penambahbaikan perkhidmatan untuk Orang Asli Selangor di bawah pelaksanan Skim Peduli Sihat adalah seperti berikut :

    • Menambah klinik panel di sekitar kawasan tumpuan orang asli;
    • Mempromosikan lebih banyak program kesedaran Skim Peduli Sihat;
    • Menggalakkan penggunaan   kemudahan   Skim    Peduli   Sihat    untuk digunakan bagi tujuan pemeriksaan saringan

    Di samping itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada Orang Asli seperti:

    • Pasukan kesihatan bergerak ke perkampungan orang asli untuk pemeriksaan kesihatan ibu dan anak serta pesakit luar oleh pasukan klinik bergerak dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Orang Asli, Hospital Orang Asli,
    • Perkhidmatan kesihatan di sekolah-sekolah oleh Pasukan Kesihatan Sekolah dari Pejabat Kesihatan
    • Pada tahun ini, program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) akan dilaksanakan di perkampungan Orang Asli oleh Pasukan Kesihatan Bergerak dari Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Orang Asli, Hospital Orang Asli, Gombak.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.