Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

227) KESIHATAN, TEKNOLOGI DAN USAHAWAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bakal membina pusat rawatan penyakit mental?

    Kerajaan negeri telah membina Pusat Rawatan Kesihatan Mental di dua buah hospital iaitu

    • Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
      Hospital Kajang iii)
      Hospital Selayang
  2. Sejauh manakah fungsi WIFI percuma yang disediakan di setiap DUN dapat dinikmati oleh semua rakyat?

    Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah menambah lagi lokasi perkhidmatan WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Penambahan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

    Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasankawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.

    Berdasarkan statistik penggunaan WiFi Selangorku ini, penerimaannya disambut baik oleh seluruh rakyat Selangor dengan peningkatan pengguna dari masa ke semasa seperti di bawah.

    Bilangan pengguna untuk tahun 2013 telah mencapai 51,336 manakala untuk tahun 2014 seramai 93,574.

    Pecahan peratus capaian mengikut aplikasi adalah seperti berikut :-

    APPLICATION USAGE USAGE (%)
    1 Miscellaneous web 900.95 GB 15.0%
    2 Google Video 830.43 GB 13.8%
    3 Facebook 719.85 GB 12.0%
    4 Miscellaneous secure web 705.40 GB 11.7%
    5 Google 515.78 GB 8.6%
    6 Google HTTPS 323.77 GB 5.4%
    7 UDP 310.84 GB 5.2%
    8 YouTube 257.01 GB 4.3%
    9 Miscellaneous video 253.87 GB 4.2%
    10 Non-web TCP 211.15 GB 3.5%
  3. Apakah tindakan yang akan diambil bagi DUN-DUN yang belum mendapat manfaat WIFI percuma?

    Pelaksanaan WiFi Selangorku melibatkan semua DUN di negeri Selangor, di mana setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi hot spot tidak kira di kawasan Bandar ataupun luar Bandar bergantung kepada kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Oleh yang demikian perkhidmatan WiFi Selangorku ini telah meliputi kesemua DUN di Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri sedang bercadang untuk menambah bilangan hot spot di setiap DUN dengan kos pemasangan dibiayai oleh Kerajaan manakala kos sewaan bulanan ditanggung oleh YB Ahli Dewan Negeri berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.