Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

140) KESIHATAN SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pengguna SELangkah yang telah memanfaatkan fungsi Selangor Mental Sihat (SEHAT) sejak dilancarkan mengikut daerah di negeri Selangor?

    Dalam membantu warga Selangor yang menghadapi masalah kesihatan mental, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat atau SEHAT. Program ini merupakan penambahbaikan program kesihatan mental yang mula dianjurkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2019 melalui penambahan komponen yang lengkap merangkumi video pendidikan kesihatan mental, forum dan ceramah, soal kaji selidik dan platform atas talian bagi individu berhubung dengan kaunselor yang bertauliah.

    Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat, bilangan individu memanfaatkan program SEHAT berdasarkan daerah di negeri Selangor akan mengambilkira statistik peratusan jumlah penduduk di daerah berbanding jumlah keseluruhan penduduk negeri Selangor yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Tahun 2020. Jumlah pengguna SEHAT sehingga bulan Oktober 2022 adalah seramai 59,488 pengguna. Daripada jumlah tersebut, 15,214 pengguna adalah daripada Selangor, 44,101 pengguna tidak menyatakan lokasi tempat tinggal manakala 173 pengguna adalah daripada luar negeri Selangor. Perincian 15,214 pengguna tersebut adalah seperti berikut:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.