Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

155) KESIHATAN RAKYAT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor menyediakan Klinik Bergerak Selangor? Jika tidak, apakah sebabnya.

    Perkhidmatan Klinik bergerak disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Pada masa ini, perkhidmatan Klinik Bergerak tersebut beroperasi di 7 daerah iaitu Daerah Hulu Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sabak

  2. Apakah 5 penyakit utama Rakyat Selangor tahun ini?

    Lima (5) penyakit utama di Negeri Selangor bagi tahun 2016 untuk tempoh Januari hingga September mengikut Laporan Pesakit Luar Berdasarkan Jenis-Jenis Penyakit bagi tahun 2015 adalah seperti Jadual berikut :

    BIL JENIS PENYAKIT PERATUS(%)
     

    1.

     

    Penyakit   Akibat   Jangkitan   (Infectious)                   dan Jangkitan oleh parasit

     

    13.89

     

    2.

     

    Penyakit berkaitan Sistem Respiratori

     

    10.38

     

    3.

     

    Kecederaan, keracunan dan kemalangan

     

    7.86

     

    4.

    Penyakit Coronary dan Penyakit Berkaitan Sistem “Circulatory”  

    6.82

     

    5.

    Penyakit                   Berkaitan                                   Sistem Perkumuhan(“Genitourinary”)  

    4.50

    Jadual : Peratusan pesakit yang mengidap penyakit utama di Selangor

  3. Adakah Kerajaan Selangor mengadakan sebarang pelan tindakan untuk jawapan (b) tersebut?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat keadaan yang agak membimbangkan ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa program kesihatan bagi menggalakkan masyarat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antara program yang telah dijalankan adalah program berjalan 10,000 langkah dan program Kayuhan Jantungku. Bagi memastikan kejayaan program ini di peringkat daerah, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan semua PBT untuk menganjurkan Karnival Sihat Selangor di samping mewujudkan taman rekreasi yang mempunyai papan tanda 10,000 langkah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai membuat senaman. Papan tanda tersebut juga mengandungi maklumat jumlah kalori yang telah dibakar bagi setiap langkah dan jumlah kalori bagi setiap jenis makanan. Maklumat ini dapat mendidik masyarakat untuk mengawal tabiat pemakanan

    Kerajaan Negeri sedang merangka satu Program Gaya Hidup Sihat yang meliputi segala aspek yang boleh mencegah masyarakat daripada menghidap penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, diabetis, kerosakan buah pinggang dan berlebihan berat badan. Program ini akan merangkumi aspek seperti pemeriksaan awal kesihatan, pengamalan senaman ringan, pemakanan sihat dan pengurangan tabiat merokok.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.