Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
8) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan statistik pengguna perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh Pusat Kaunseling Selangor?
Pusat Kaunseling Selangor adalah salah satumedium dalam mengatasi permasalahan Kesihatan Mental khususnya di Negeri Selangor. Berdasarkan Rekod sesi Sehingga Oktober 2018 sebanyak 313 Sesi telah dikendalikan oleh Pusat Kaunseling Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan kaunseling tersebut?
Bagi meningkatkan kesedaran Masyarakat Umum di Negeri Selangor berhubung Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling urusetia telah melakukan beberapa kaedah Promosi bagi memudahkan Akses dan kefahaman serta kesedaran untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan antaranya:
- Promosi Televesion dan Radio (Radio Kool fm sempena Hari Kesihatan Mental dan Selamat Pagi Malaysia sempena Hari Raya Korban)
- Video Kesedaran Kesihatan Mental bertajuk “Meroyan” atau Post-Partum Depression. Video ini disalurkan dalam Page FB Pusat Kaunseling Selangor dan telah mencecah ribuan
- Pusat Kaunseling selangor juga dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah membuka Cawangan Pusat Kaunseling Selangor bagi memudahkan Masyarakat yang memerlukan dan berdekatan dengan Cawangan tersebut. Pelancaran 3 buah cawangan ini telah diadakan sempena Program Hari Terbuka PKS pada 11 Mac 2018.Selain daripada itu, Pusat Kaunseling Selangor juga telah membangunkan Sistem e-Psy Selangor iaitu salah satu sistem Temu Janji secara maya yang akan memudahkan klien membuat t.janji pada bila-bila masa dan di mana jua. Sistem ini juga mampu menjana data dan statistik klien bagi tujuan kajian.
Pusat Kaunseling Selangor juga aktif dalam mendekati Masyarakat bagi tujuan promosi dan pengenalan perkhidmatan yang disediakan, sepanjang tahun 2018 (Sehingga Oktober) beberapa siri turun padang telah dilaksanakan antaranya:
- Program Kesedaran Kesihatan Mental, UiTM Dengkil pada 12-13 Januari 2018 dengan jumlah klien sebanyak 290 orang;
- Pameran dalam Perhimpunan Bulanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Februari 2018;
- Pameran bersempena Karnival Pendidikan Tinggi dan Kerjaya bertempat di Stadium Malawati Shah Alam pada 3-4 Mac 2018;
- Hari Terbuka Pusat Kaunseling Selangor bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam pada 11 Mac 2018;
- Pameran sempena Karnival Himpunan Rakyat Negeri Selangor bertempat di Stadium Malawati Shah Alam pada 17 Mac 2018;
- Program Minggu Kesihatan Mental Majlis Bandaraya Shah Alam pada 20 Mac 2018;
- Hari Bertemu Pelanggan, Pejabat SUK NegeriSelangor pada 18 Julai 2018 bertempat di Foyer SUK;
- Pameran bersempena Program Karnival Kesihatan Fit MPK bertempat di Dataran Millenium Klang pada 28 Julai 2018; dan
- Pada 21 November 2018 ini, akan diadakan Sabutan Jubli Perak Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Pusat Kaunseling Selangor bertempat di SACC yang akan disempurnakanoleh YAB Dato’ Menteri Besar.