Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
188) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan temu janji yang diaturkan melalui laman sesawang aturan Temu janji Perkhidmatan Kaunseling (e-psy) Negeri Selangor sejak bulan Januari 2020.
Bilangan Temujanji yang telah diaturkan melalui laman sesawang aturan Temujanji Perkhidmatan Kaunseling (E-Psy) bermula Januari adalah seramai 32 orang klien (6 lelaki, 26 perempuan)
Bilangan keseluruhan klien yang mendapatkan khidmat kaunseling adalah seramai 155 orang, ini adalah jumlah klien yang hadir termasuk
- Sesi sukarela (temujanji melalui Panggilan Telefon, Whatsapp dan FB)
- Sesi sukarela (walk-in)
- Klien dirujuk
- Klien atas talian
Manakala jumlah keseluruhan sesi yang telah dijalankan bermula bulan Januari sehingga Jun 2020 adalah sebanyak 289 sesi.
-
Berapakah bilangan Sukarelawan Kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)?
Sehingga Jun 2020 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah melantik seramai 32 orang Kaunselor secara sambilan dan berkhidmat mengikut sistem penggiliran. Kesemua Kaunselor di Pusat Kaunseling Selangor adalah Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).