Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
190) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan statistik pengguna perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh Pusat Kaunseling Selangor.
Berikut merupakan statistik perkhidmatan kaunseling yang diberikan oleh Kaunselor Sambilan, Pusat Kaunseling Selangor (PKS) – Talian Sahabat sepanjang tempoh tiga (3) tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2023:
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan kaunseling tersebut?
Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak urus setia Pusat Kaunseling Selangor (Talian Sahabat) bagi meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan kaunseling adalah dengan melaksanakan program outreach untuk tujuan mempromosikan PKS menggunakan pendekatan turun padang bagi mendekati masyarakat awam. Antara Program outreach yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah Program Jelajah Psikologi ke daerah – daerah di Negeri Selangor yang melibatkan Kaunselor-Kaunselor PKS bagi menyantuni masyarakat iaitu melalui pelaksanaan program dan aktiviti kepada kumpulan sasar bagi menyebarkan maklumat dan informasi tentang perkhidmatan psikologi kaunseling yang ditawarkan di PKS.
Selain itu, langkah lain yang akan diambil bagi meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan psikologi kaunseling di PKS adalah dengan menawarkan perkhidmatan psikologi klinikal yang akan diberikan oleh Ahli Psikologi Klinikal Berdaftar (Clinical Psychologist) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kumpulan sasar seperti kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan neuro dan pembelajaran, individu remaja dan dewasa yang mempunyai gejala kecelaruan mental serta warga emas yang mengalami kemerosotan fungsi kognitif. Penawaran perkhidmatan psikologi klinikal di PKS secara percuma akan meluaskan kumpulan sasar yang ingin mendapatkan perkhidmatan di PKS serta dapat membantu mereka menjaga kesihatan mental dengan baik.
Langkah seterusnya adalah melalui Inisiatif Talian SEHAT yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor juga memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan psikologi kaunseling melalui panggilan telefon yang dikendalikan oleh Kaunselor PKS. Inisiatif ini dapat membantu pengguna perkhidmatan yang tinggal berjauhan dengan premis PKS untuk meluahkan masalah mereka kepada Kaunselor PKS.
Akhir sekali, PKS juga akan mengambil langkah-langkah berterusan mempromosikan perkhidmatan psikologi kaunseling melalui platform media sosial, elektronik dan media cetak seperti menggunakan Facebook, saluran televisyen dan radio serta hebahan melalui pamplet dan poster kepada individu-individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan di PKS.