Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
14) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah mental rakyat Selangor?
Bagi membantu rakyat Selangor yang mempunyai masalah kesihatan mental, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) pada tahun 2021. Melalui program mental SEHAT, individu yang terkesan boleh menerima bantuan dan khidmat nasihat kesihatan mental seperti talian SEHAT, saringan kesihatan mental, video psikopendidikan dan subsidi rawatan psikiatri. Kesemua bantuan ini boleh diperoleh menerusi aplikasi SELANGKAH.
-
Berapakah bilangan rakyat yang telah mendapatkan manfaat dari program Selangor Mental Sihat?
Sehingga 31 Mei 2024, statistik jumlah penerima manfaat Program SEHAT berdasarkan jenis program adalah seperti berikut:
-
Adakah kerajaan menyediakan sistem sokongan sosial kepada mereka yang menghidap masalah mental?
Buat masa ini, tiada sistem sokongan sosial diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah mental di bawah program SEHAT.