Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

333) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik terkini jumlah pesakit mental seperti depresi , Schizoprenia , bipolar disoder dan bunuh diri dikalangan rakyat Selangor?

    Berdasarkan Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi oleh  Institut Kesihatan Negara (IKU) pada 2019 menunjukkan sebanyak 2.3% rakyat Malaysia atau 1% daripada rakyat negeri Selangor yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami kemurungan.

    Manakala berdasarkan bagi kanak-kanak yang berumur 5-15 tahun, bagi Negeri Selangor, peratusan  kes adalah sepeti berikut:  kesihatan mental 4.1% (mental health), kesihatan emosi 5.7% (emotional health), masalah Tingkah Laku 10.9% (conduct problem), masalah hiperaktif 1.0% dan masalah kemahiran sosial 38.0% (pro-Social Skills)

    Bilangan pesakit mental yang berdaftar dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan kerajaan di Negeri Selangor 2022 adalah seramai 2064 pesakit (bilangan ini tidak termasuk bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital/klinik swasta).

    Bagi jumlah bilangan kemasukkan pesakit ke Wad Psikiatri di hospital KKM di Negeri Selangor pada tahun 2022 adalah seperti berikut: skizofrenia 581, bipolar 225 dan kes sengaja menderakan diri 347 (intentional self harm).

    Pada 2022, bagi bilangan kedatangan di Klinik Pakar Psikiatri di hospital KKM di Selangor, sebagai pesakit luar adalah 17,254 bagi masalah kesihatan mental dan tingkahlaku dan 335 adalah bilangan kedatangan bagi sengaja mencederakan diri (intentional self harm).

  2. Apakah usaha dan langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu ini?

    Ini hanyalah “tip of the iceberg’’ tentang fenomena kesihatan mental di kalangan rakyat Selangor. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan KKM dan agensi-agensi berkenaan untuk mengkoordinasi dan menyelaras program-program yang berkenaaan dengan kesihatan mental di negeri ini. Kita akan mempertingkatkan program promosi kesihatan mental dan saringan kesihatan mental bersama rakan strategik KKM, KBS, KPM, KPT, NGO dan lain-lain. Sebagai contoh, saringan kesihatan mental boleh dibuat menerusi platform aplikasi MySEJAHTERA melalui NHSI – National Health Screening Initiative, Talian HEAL 1555 di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan yang beroperasi setiap hari 8 pagi -12 tengah malam. Kita juga akan memperluaskan Program PFA – Psychological First Aid di kalangan ketua-ketua agensi berkenaan, pemimpin masyarakat,  sukarelawan dan barisan hadapan untuk Negeri Selangor menghadapi situasi bencana dengan lebih baik, khususnya dalam menangani aspek kesihatan mental dalam komuniti.

     

    Bagi mengekalkan dan memperkukuh program kesihatan mental di dalam masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan untuk melantik dan menggaji lebih ramai kaunselor yang akan di tempatkan di pusat khidmat masyarakat. Selain daripada itu, pusat penempatan untuk mereka yang mempunyai kesihatan mental seperti RMC – Rumah Mesra Ceria (seperti di Seremban) yang dibiaya oleh Kerajan Negeri Selangor dan dilawati oleh pegawai teknikal daripada KKM untuk sesi rawatan kepada penghunui perlu diwujudkan. Sekiranya program-program seperti ini berjaya ia dapat melahirkan rakyat Selangor yang mempunyai tahap kesihatan mental yang lebih sihat dan boleh menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi negeri Selangor ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.