Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

46) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai pengguna Selangor Mental SEHAT setakat ini?

    Dalam membantu warga Selangor yang menghadapi masalah kesihatan mental, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat atau SEHAT. Program ini merupakan satu komponen yang lengkap merangkumi video pendidikan kesihatan mental, forum dan ceramah, soal kaji selidik dan platform atas talian bagi individu berhubung dengan kaunselor yang bertauliah. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pengguna Selangor Mental SEHAT di dalam aplikasi SELangkah bermula 1 September 2021 sehingga 25 Februari 2022 adalah seramai 42,072 orang.

  2. Apakah pecahan pengguna SEHAT mengikut umur, jantina dan kaum?

    Pecahan pengguna SEHAT mengikut umur, jantina dan kaum adalah seperti berikut:

  3. Nyatakan peruntukan yang telah digunakan untuk menghasilkan video advokasi dan statistik penonton.

    Sebanyak RM28,000 telah dibelanjakan bagi menghasilkan 30 video pendidikan kesihatan mental yang turut meliputi pembayaran bagi perkara berikut:

     Kaunselor;
     Pakar psikologi klinikal, psikiatri dan kesihatan awam;
     Jurubahasa isyarat; dan
     Juru animasi dan editor video.

    Sehingga 25 Februari 2022, jumlah tontonan kesemua 30 video tersebut adalah seramai 24,321 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.