Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
61) KESIHATAN (DENGGI)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya denggi?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah menjalankan kempen
kesedaran denggi kepada masyarakat melalui media elektronik iaitu hebahan awam melalui Selangor FM setiap Selasa jam 3.30 – 4.00 pm bagi bulan April hingga Jun 2008. Kempen melalui media cetak dengan mengedar risalah poster, kad adan banner mengenai denggi dan cara-cara pencegahan di lokaliti bermasalah. Sepanjang Januari hingga Jun 208, sejumlah 101,683 bahan pendidikan berbagai-bagaijenis telah diedarkan kepada orang awam.Hebahan awam dan penyampaian maklumat kepada orang awam juga
dilaksanakan melalui bacaanteks khutbah Jumaat di seluruh Masjid di Selangor. Hebahan melalui unit bergerak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan di lokaliti bermasalah. Maklumat juga disampaikan melalui kaedah bersemuka oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Selangor semasa memberi nasihat individu, perbincangan kumpulan kecil, dialog dan tunjuk cara. -
Apakah langkah-Iangkah pencegahan yang dilakukan untuk menghalang kadar ini dari terus meningkat malah menurunkannya ke paras sifar?
Kerajaan telah dan akan terus mempertingkatkan usaha-usaha kawalan dan
pencegahan denggi. Di antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah
menjalankan operasi pemeriksaan tapak binaan dan projek terbengkalai, operasi bersepadu kawalan denggi di lokaliti-Iokaliti bermasalah (Hot Spot) , gotong-royong serta mengujudkan skuad denggi di semua lokaliti-Iokaliti bermasalah. -
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha ini?