Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

54) KESIHATAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa Jumlah penerima Skim Rawatan Jantung (SRJ)?

    Bagi tahun 2024, sehingga 19 Jun 2024, jumlah penerima manfaat Skim Rawatan Jantung (SRJ) adalah seramai 16 orang.

  2. Jumlah pemohon SRJ yang ditolak?

    Jumlah pemohon SRJ yang ditolak sehingga 19 Jun 2024 adalah seramai 3 orang.

  3. Sebab permohonan SRJ di tolak?

    Permohonan tersebut ditolak adalah disebabkan oleh perubahan polisi Program SRJ yang menetapkan supaya setiap individu yang layak hanya menerima bantuan sekali sahaja seumur hidup.

Lampiran

Tiada Lampiran.